Ciri Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

image

Dalam kehidupan, kamu tidak sadar apa yang
dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu
merupakan satu petanda  dia mencintai kamu.
Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada
mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui
perbuatan,sikap dan tingkah laku nya.

Berikut merupakan 24 ciri-ciri bahwa seseorang itu mencintai kamu.
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah
mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu . Yang dia tahu di hati dan
matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa
atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang
penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya .

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima
kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu
selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang
hari ini , dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan
SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari
minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-
lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS
nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara
yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi
bersembunyi  selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu
mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu , bahkan mungkin kejadian yang
kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat
itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati
setiap kata-kata yang kamu ucapkan , bahkan
mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. Kerana dia
menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi tidak dengan orang
yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar
menggemari lagu-lagu kegemaran kamu ,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu –
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun
sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya
dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu
mungkin sedang flu, atau batuk-batuk,
dia akan sentiasa mengirim SMS atau
menelefon untuk bertanya keadaan kamu –
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,
dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung,
dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan
SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu .

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan
suatu barang miliknya yang mungkin buat
kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam
sesaat, ketika sedang bercakap di telefon
dengan kamu , sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup
kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada
di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-
harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah
lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat
agar kamu waspada dengan persekitaran yang
boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu
dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan
kamu , pernah dengar ‘jauh dimata, dekat
dihati?’

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih
seperti saudara daripada seperti seorang kekasih .

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang aneh seperti menelefon kamu
100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan
kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang
merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang
membuat kamu pening kepala . Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat
kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak
akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu
sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan
sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira
kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan
kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka
nama kamu akan menghiasi sebahagian besar
INBOX-nya . Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-
bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-
benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu c0ba menjauhkan diri
daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
dia akan menyadarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu , walaupun hal itu membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin
memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu .

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah
memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui ,
kerana dia tidak mau kamu terbeban dengan
karena nya. Saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia
benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas
kepada kamu? Jika ada, jangan pernah menyia nyiakan orang tersebut…
Kamu akan menyesal
melakukannya!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s